top of page
Search

KEJOHANAN MERENTAS DESA INSTAR 2020

  • Writer: Adam Adha
    Adam Adha
  • Jan 19, 2020
  • 1 min read

Insyaallah tajuk saya pada hari ini seperti tertera diatas.


Pada 17 Januari yang lepas,InSTAR telah mengadakan kejohanan merentas desa.Saya sebagai ahli rumah hijau(Serai Abadi)mengharapkan agar rumah sukan dapat kedudukan yang agak baik.



Malang sungguh nasibku sebab lutut terhentak sebelum nak lari.Nak tak nak kena juga masuk kejohanan ni sebab tak nak hampakan semangat ketua rumah.Jadi terpaksa merelakan diri untuk sertai walaupun kaki sakit sebab terhentak punya pasal.Waktu mula ada pelajar tingkatan 1 mengetuai di depan.Saya pun kejar je la sebab nk cepat punya pasal.



Waktu kat pertengahan saya mula penat untuk berlari.Saya biar je la ramai potong saya.Saya teruskan je sampai ke garisan penamat.Saya agak hampa kerana hampir mendapat tempat ke-10 tetapi gagal.Saya juga agak berpuas hati kerana walaupun kaki sakit,saya dapat menyelesaikannya dengan cepat dan menjadi antara orang yang terawal sampai.Saya agak kagum dengan seorang pelajar tingkatan 1 yang berjaya menjadi orang terawal sampai.


Ketika penyampaian hadiah disampaikan semua pelajar memberikan lagu sorak kepada ahli rumah yang berjaya mendapatkan tempat pertama hingga ke kesepuluh.Ketika cikgu ingin mengumumkan rumah dengan kutipan markah,ramai berharap agar rumah sukan masing-masing menjadi juara begitu juga diriku ini.Kejohanan pun dimenangi oleh rumah biru(Serai Harmoni).Walaupun tidak berjaya tapi kami berasa puas hati kerana semua dah buat yang terbaik untuk rumah sukan masing-masing.



 
 
 

Comments


Adam Adha

STUDENT INSTAR

Phone:

011-2875 0023

Email:

adamadhacr21@gmail.com

  • Black LinkedIn Icon
  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon

Thanks for submitting!

© 2023 By Rachel Smith. Proudly created with Wix.com

bottom of page